Anda pemilik PKS? Perbincangan ini MESTI anda dengar!

Encik Ahmad Rizal, Hos Podcast Bahasa Melayu ESGAM (Nadi ESG), Persatuan ESG Malaysia (ESGAM) bersama Dr. C.S. Chin, Presiden Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Association of Malaysia), mengupas mengapa ESG kini sangat kritikal untuk kelangsungan perniagaan anda.
 
Berikut adalah 3 Sebab Utama PKS Perlu Mulakan ESG Sekarang:
1. Elak Hilang Kontrak & Daya Saing 📉
ESG bukan pilihan, tetapi keperluan wajib global. Jika lambat, PKS akan kehilangan peluang, kontrak, dan daya saing.
 
2. Dapatkan Pinjaman Kadar Rendah 💵
Bank sudah menilai pematuhan ESG. PKS yang patuh boleh mendapat pembiayaan dengan kadar faedah lebih rendah, proses mudah, dan kelulusan lebih pantas.
 
3. Rantaian Bekalan dan Eksport Paling Terkesan 🚨
Sektor pembuatan dan rantaian bekalan paling terdesak. Syarikat yang terlibat dengan eksport ke Eropah/AS atau menjadi pembekal kepada syarikat besar wajib patuh syarat ESG.
 
Pesanan khas dari Dr. Chin Chee Seong: Peruntukkan bajet kecil dan mulakan perjalanan ESG anda sekarang juga!
 
Tonton dan Kongsikan! Episod penuh kini tersedia di saluran YouTube Persatuan ESG Malaysia (ESGAM):